Saturday, January 8, 2011

Journey 4 Money......


Perjalanan mencari duit, itu yang boleh aku tafsirkan dengan kerja aku sekarang. Berbekalkan profil syarikat, aku ke sana, ke sini mencari client. Sepanjang dua hari ini (khamis dan jumaat), aku tumpukan di sekitar kawasan Shah Alam.

Kelakar, dengan ilmu marketing yang sangat sedikit, macam-macam yang berlaku pada aku. Kalau sepanjang Isnin hingga Khamis aku hanya duduk di pejabat sehingga bos menggelar kerjaku sebagai telemarketing, tapi hari ini dan semalam aku benar-benar mengharungi dunia marketing yang real.

Peristiwa kelakar pertama yang aku lalui adalah ketika mengisi borang di pondok jaga di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Terdapat ruang nombor plat kenderaan. Aku memandu kereta syarikat. Aduh, mana ingat nombor platnya.. Takkan nak patah semula ke kereta yang telah aku parking jauh.... Alah, tibai jelah, aku pun menulis nombor plat motor kesayanganku, BFH 2356.. dan jenis kenderaan, motor.. Aku menjeling melihat abang guard di hadapanku mengerutkan dahi, peliklah tu... Aah, lantaklah... Isi cepat-cepat dan blah... Dalam masa yang sama aku dah merangka jawapan "bang, itu kereta syarikat, tapi kenderaan yang saya miliki hanya motor kriss dengan no plat BFH 2356..."

Ops, sebelum itu, kalau nak tahu aku tak pernah memandu kereta melalui tol menggunakan perkhidmatan Smart Tag.  Kereta syarikat ini dilengkapi dengan Smart Tag. Oleh kerana risau, takut bila dah masuk lorong Smart Tag nanti kene berundur pula, aku pun hanya menggunakan lorong Tunai untuk sepanjang perjalanan ini. Dan aku tak akan claim tol, malu sey kalau orang tahu aku tak tahu guna Smart Tag....

Semasa mengisi borang daftar pembekal, banyak maklumat yang aku tak tahu. Aku pun hentam. Dan aku perasan, puan di hadapan aku dapat cam yang aku hentam. Maklumlah, nama pengurus syarikat aku letak nama aku. Sampai di ruangan nombor sijil kontraktor, aku kebingungan. Dah la beg berat, 10 set profil syarikat aku bawa. Tempat ini sempit pula. Aksi gelabahku semakin kelihatan dengan faktor-faktor sekeliling yang menampakjelaskannya. Peluh dingin aku gugur. Ahh, aku tak boleh buat. Dengan serta-merta aku pun beralasan yang bos nak tengok borang tersebut dahulu. Aku minta izin untuk bawa pulang dan kembalikannya semula esok. Puan di hadapan ku mengangguk sambil bertanya, "nak borang baru?" Hahaha, sah dia tahu aku menghentam tadi..

Selepas JPN Selangor, aku pergi pula ke UiTM Shah Alam untuk beli sebut harga. Di UiTM, masalah yang sama aku hadapi, tak ingat nombor plat kenderaan walaupun dah cuba untuk ingat tadi. Yang aku ingat WTT. Aku pun apa lagi, hentam sekali lagi. Kali ini aku letak WTT 1519, entah nombor plat kereta siapa entah... Kemudian masuk waktu Zohor, aku pun menunaikan Solat Zohor di masjid Shah Alam. 

Seusai solat, aku bercadang untuk ke Unisel di seksyen 7. Di sini aku terkapai-kapai, keliru mana pintu masuknya. Aku pun main hentam masuk dan tiba-tiba, ada kereta berlawanan arah di hadapanku. Sekali pintu keluar daa.... Nasib baik dia tak bawa laju..

Seterusnya matlamatku adalah Menara Metro HPA yang terletak di Laman Seri, seksyen 13 Shah Alam. Aku pun masuk ke parking bawah kerana parking atas penuh. Selesai parking, tercari-cari pula mana pintu nak ke atas. Alhamdulillah jumpa tangga ke aras G. Keluar je, dengan yakin aku pun masuk ke pintu kedai yang kelihatan. Eh, kedai lain, bukan HPA... Aku berada di alam mana pulak ni. Toleh-toleh, eh, HPA di bangunan seberang jalan. Macam mana aku masuk di sana, tembus di sini? Ini dah kes pintu Madu 3 ni... Oooo, rupanya Laman Seri ini memiliki parking basement yang bercantum untuk semua bangunannya. Walaupun di darat ada 5-6 bangunan, tapi basementnya satu, bercantum untuk semua. Pergh, sesat aku dibuatnya....

Selepas HPA, aku bercadang ke Politeknik Shah Alam pula.. Puas aku mencari signboard, puas aku bertanye orang, tapi masih tak jumpa. Aku tak kira, matlamat akhirku hari ini adalah Politeknik Shah Alam. Alhamdulillah, akhirnya jumpa. Apa la, susah betul pintu masuknya, kene pergi menghala ke Bukit Jelutong, baru jumpa pintu masuk, walhal pagarnya jauh dah nampak. Tak friendly betul. Baru nak masuk, menyeluk saku untuk mengambil kad nama, tiba-tiba terasa ada benda tercabut. Cis, namaku pada kad nama tercabut. Kad nama ini adalah kad nama pasang siap kerana aku masih baru. Nasib juga tidak tercabut depan client. Masih banyak dalam begku.

Hari ini pula, aku sesat barat. Masuk lebuhraya DUKE, tapi tersalah masuk lorong, bukan Shah Alam yang aku tuju, tapi entah ke mana-mana. Aku rase berjam-jam juga aku sesat. Namun alhamdulillah, dapat juga sampai Shah Alam. 

Inilah kembaraku dan bakal aku lalui untuk hari-hari mendatang. Sasaran yang telah diletakkan oleh bos kepada aku adalah RM30 ribu sebulan. Pergh, boleh ke aku capai.... InsyaAllah.... sebab itu aku namakan perjalananku ini sebagai Journey for Money......

1 comment: