Thursday, September 29, 2011

PROLOG - menepis mitos-mitos



22 SYAWAL bersamaan 20 SEPTEMBER

Pada tarikh ini sejarah terlakar untuk diriku. Pada tarikh ini sejarah juga terlakar untuk dirinya. Dan pada tarikh ini juga aku mendengar ungkapan dari ustazku

"penyatuan ini menepis mitos terlanggar bahu, mitos terjatuh buku, mitos bertemu di dalam bas dan banyak lagi mitos-mitos lain..."

Ya, aku disatukan dengan dia tidak melalui mitos-mitos ini. Mitos-mitos sebegini kerapkali menjadi bahan garapan pembikin-pembikin filem. Penontonnya pula dibuai dan didodoi dengan kisah melankolik, disulam rasa berbunga-bunga. Kemudian diwujudkan tragedi di pertengahan sehingga mengundang sang air mata. Namun kononnya kerana apa yang bernama cinta, lautan api sanggup direnangi. Ahh.. karut! Inilah mitos sejati, yang telah terbuku di hati para muda-mudi masa kini...

Pertemuan aku dan dia tanpa rasa yang bernama 'cinta'. Kami setuju untuk bersama hanya kerana 'Pencipta Cinta'. Menyedari perjalanan hidupku yang perlu melalui fasa berumahtangga, untuk menyempurnakan agama dalam diri. Menyedari fungsi diri untuk mengembalikan kegemilangan khilafah Islamiyah yang perlu melalui proses-proses ; Individu Muslim, Baitul Muslim (rumahtangga Islam), Masyarakat Muslim, Negara Muslim. Menyedari hakikat inilah, kami setuju untuk bersama-sama melayari bahtera berumah tangga, InsyaAllah.

Cinta? Biarlah 'Pencipta Cinta' yang memberikannya kepada kami. Biarlah kami bercinta pada saat-saat halal untuk kami menghadapinya.

Seseorang pernah menukilkan di status Facebooknya

"Cintailah Pencipta Cinta, nescaya kau akan ketemukan Cinta"  =)

Doakan kebahagiaan kami dengan cinta yang halal dari-Nya.

3 comments:

  1. "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar- benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (Ar Rum ayat 21)

    Islam mebersihkan dan mengarahkan perasaan cinta dan mengajarkan bahwa sebelum dilaksanakan akad nikah harus bersih dari persentuhan yang haram.

    smga en aiman di pertemukan jodoh,dengan seorang wanita yg solehah:)
    ....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum...
    maaf ana x pegi ke kelantan ari tu...shasmida ade ajak, xp ana ade kerje..

    selamat berumahtangga..:p

    ReplyDelete